About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia

Sunday 8 May 2011

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (Akta 308)

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (Akta 308)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksudmaksud yang berkaitan dengannya.

Kemudahan
• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan
   perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja.
• Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia
  4 tahun.
• Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
• Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.
• Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk
   menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
• Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang
  digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa:
     1. kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
     2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
     3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
     4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
     5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang
         mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)


Latar Belakang
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah

Permohonan
• Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan
  TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan
  Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini
  secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa
  Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
• Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan,
   pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan
   Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi
   teknikal setempat.
• Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat  Pendaftar Perniagaan atau
   Pertubuhan.
• Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di  atas bagi mendapatkan
   kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang
   lengkap.
• Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu,  senarai aktiviti harian, senarai aktiviti
   bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan
   (Jadual 2).
• Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
   berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
  1. Jadual 2 yang telah dilengkapi
  2. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
      Jabatan Kesihatan)
  3. Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar  dalam meter (setiap ruang) beserta
       pengiraannya
  4. Senarai aktiviti harian
  5. Senarai menu
  6. Senarai aktiviti bersama ibubapa
  7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan
  8. Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil)
  9. Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun

• Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan diminta oleh
   Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat
   tambahan.
• Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan
   sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
• Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada
   Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
• Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA,
   suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula
   diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.
• Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula
   pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen
   sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.
• Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya
   lengkap.

CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA
(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)
  1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
  2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
  3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
  4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
  6. Permohonan dikemukakan ke JKMN
  7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
  8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
  9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
  10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan
NOTA:
• PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
• JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
• JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat

No comments:

Post a Comment