About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia

Wednesday 6 April 2011

Kreativiti

Definisi  Kreativiti

Mengikut Kamus Dewan (2002)), kreativiti adalah kemampuan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Menurut McInerney (1994) pula, terdapat definisi kreativiti yang menekankan sifat-sifat personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti. Dalam konteks kajian ini,  kreativiti dilihat dari tahap kreativiti yang diukur terhadap lukisan kanak-kanak dengan menggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance atau  TTCT (Torrance Test of Creativity Thinking) ( Torrance & Ball, 1984). Dalam kajian ini juga terdapat empat komponen kreativiti yang diukur  seperti yang ditekankan oleh Mohd Azhar et al. (2005), iaitu keaslian, kelancaran,  kelenturan  dan penghuraian semula. Keempat-empat aspek ini telah terbukti kesahihannya berdasarkan kepada beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh Torrance dalam Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT).

a.                   Keaslian :  Idea-idea yang dihasilkan adalah luar biasa dan tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Kebolehan seorang kanak-kanak  melukis objek selain daripada yang ditunjukkan.
b.                  Kelancaran :   Keupayaan melahirkan pelbagai tindak balas bagi suatu rangsangan dengan berkesan. Ketekunan kanak-kanak mengulangi objek dalam masa lima minit.
c.                   Kelenturan :  Kebolehan menggunakan pelbagai alternatif semasa menyelesaikan masalah ataupun perkara tertentu. Kebolehan kanak-kanak melukis pelbagai objek dalam tempoh lima minit setiap satu.
d.                  Penghuraian semula :   Kebolehan kanak-kanak untuk menghurai dan memberi idea-idea utama tentang lukisan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment