About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia

Friday 8 April 2011

Ciri-ciri Kanak-kanak yang Kreatif

Kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas memiliki karateristik kreatif seperti berikut:

a.             Perasaan ingin tahu yang tinggi (Curious)
b.            Suka memanipulasikan bahasa (Language explosion)
c.             Kebebasan bertindak tanpa rasa takut (Uninhibited)
d.            Merdeka (Independent)
e.             Suka bermain-main (Playful)
f.             Gemar sesuatu yang mencabar (Adventurous)
g.            Terlibat secara aktif dalam apa jua aktiviti (Active participants)

            Menurut Mohd Azhar dan Othman (2004), literasi kreatif memerlukan pendidik yang  kreatif. Pendidik kreatif merupakan teras pembudayaan literasi kreatif. Pendidik kreatif  bukan setakat  dapat mendidik dan menyediakan suasana kreatif untuk para pelajarnya tetapi juga ia harus memiliki sifat dan kebolehan kreatif. Yong et al.  (1996), menggambarkan pendidik yang kreatif sebagai mempunyai komitmen yang tinggi dan komitmen ini akan menjanakan kebolehan kreatif dalam diri mereka. Komitmen seumpama ini juga akan membolehkan mereka memfokus seluruh tenaga kepada pekerjaan yang  mereka lakukan. Komitmen mereka ini melampaui gaji atau ganjaran yang diterima. Kepuasan membantu pelajar-pelajar mendorong serta menggalakkan  guru-guru yang kreatif ini untuk mencari idea yang  menarik untuk membimbing pelajar-pelajar. Oleh  itu, mereka akan sentiasa mencari cara-cara yang lebih baik untuk menyampaikan pelajaran supaya pengajaran mereka lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment