About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia

Friday 8 April 2011

Peribadi pendidik yang mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak

Peribadi pendidik yang mampu untuk mengembangkan 
kreativiti dalam pendidikan prasekolah 

a.             Keupayaan untuk mempelbagaikan metod pengajaran dan pembelajaran seperti:
            i.       Bercerita
            ii.      Main peranan
            iii.     Lawatan
            iv.     Peta minda
            v.      Inkuiri
b.               Bersikap terbuka dan fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran seperti:
            i.       Sedia menerima idea-idea pelajar
            ii.      Menggalakkan pelajar menyoal
            iii.     Pemaaf
            iv.     Suka  kepelbagaian dan kerencaman idea, bakat dan tingkah laku pelajar
            v.      Gemar melayan pertanyaan pelajar
vi.   Maklum balas verbal yang sesuai kepada pelajar dalam hubungan sosial dalam  pelbagai peringkat situasi adalah seperti  berikut:
Bagaimanakah anda memperoleh idea untuk latihan ini?
Apa yang cuba anda lakukan…?
Mungkin, kamu boleh cantumkan …
Saya hendak tahu lebih lanjut tentang …
Wow ! Anda telah gunakan idea yang paling hebat..
Anda memang berbakat dalam …
c.                   Humor dan kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran
d.                  Laissez faire – terkawal
e.                   Tidak cepat-cepat menghukum
f.                   Tidak bias dan pilih bulu
g.                  Suka memberi ganjaran dan pengajaran
h.                  Mampu mengenalpasti bakat dan kebolehan pelajar
i.                    Menggalakkan penilaian kendiri (self evaluation)

Pengajaran yang mampu merangsang dan menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar

a.                   Pembelajaran sangat penting dan seharusnya menghiburkan
b.                  Kanak-kanak perlu dihormati dan disayangi sebagai individu unik
c.                   Kanak-kanak sepatutnya pembelajar yang aktif. Mereka seharusnya digalakkan menyerlahkan minat, pengalaman, idea dan materialnya untuk dibawa ke dalam pembelajaran. Mereka seharusnya dibenarkan untuk berunding tentang kerja sekolahnya bersama guru dan berikan autonomi  kepada mereka untuk membuat keputusan.
d.                  Kanak-kanak sepatutnya berasa selesa dan kondusif di dalam kelas. Tekanan dan ketegangan seharusnya dinyahkan di dalam kelas.
e.                   Kanak-kanak juga seharusnya mempunyai rasa pemilikan (ownership) dan bangga dengan kelasnya. Mereka perlu didorong untuk terlibat dengan suasana kelas dan susun aturnya. Pendidik sepatutnya mengatakan “ini bukan kelas saya, ini adalah kelas kita bersama!”
f.                   Pendidik ialah sumber bukan pegawai polis, pegawai penjara atau Tuhan. Kanak-kanak harus dihormati dan mereka juga perlu berasa selesa ketika bersama dengan gurunya.
g.                  Guru harus menyedari bahawa mereka adalah berbakat, berpengetahuan dan bijak;  namun guru bukanlah sempurna.
h.                  Kanak-kanak seharusnya berasa selesa untuk berbincang masalah secara terbuka dengan guru dan rakan-rakan sebaya.
i.                    Kerjasama amat penting ke arah persaingan.
j.                    Pengalaman pembelajaran perlu hampir  dengan pengalaman sebenar kanak-kanak.
k.                  Kanak-kanak perlu memiliki ‘kuasa’ dan tanggungjawab di dalam kelas.


            Kajian Cole et al. (1999)  yang bertajuk “Supportive Classroom Environments For Creativity in Higher Education” menunjukkan bahawa terdapat empat ciri yang penting bagi menggalakkan kreativiti,  iaitu (a) hubungan personal guru-pelajar, (b) penilaian, (c) pilihan bebas dan terbuka dan (d) aktiviti bilik darjah. Furman (1998) dalam kajiannya “Teacher and Pupil Characteristics in the Perception of the Creativity of Classroom Climate” mengenal pasti beberapa kategori tingkah laku guru yang menunjukkan hubungan  yang signifikan dengan tahap kreativiti yang tinggi dalam persepsi suasana bilik darjah. Runco et al.  (1998), dalam kajian yang bertajuk “Personal Explicit Theories of Creativity” menunjukkan bahawa pendidikan dan pembelajaran adalah paling penting untuk pencapaian. Ia diikuti oleh faktor-faktor budaya dan sosial dan seterusnya latar belakang awal dan keluarga. Terdapat sedikit perbezaan dalam perbandingan penilaian daripada penyelidik-penyelidik yang mempunyai pengalaman mengajar kursus kreativiti dengan mereka yang telah menerbitkan buku atau artikel dan mereka yang tidak  mempunyai pengalaman atau menerbitkan sebarang buku atau artikel.

No comments:

Post a Comment